PRESIDEN DAN SELURUH WARGA MALAYSIAN ACADEMY OF HYPNOSIS (MAH) MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI SELURUH MALAYSIA DAN NUSANTARA. SEMOGA RAMADHAN KALI INI DISAMBUT DENGAN PENUH HIKMAH DAN BERKAH DARI ALLAH S.W.T.
Ramadan juga bulan diturunkan al-Quran. Allah berfirman bermaksud:
"Ramadan itu adalah bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan-keterangan mengenai petunjuk itu dan pemisah di antara yang hak dan yang batil."
(Surah al-Baqarah, ayat 185).
Sabda Rasulullah S.A.W mengenai bulan Ramadhan :
1) "Sesiapa yang bergembira dengan kedatangan bulan Ramadan akan diharamkan dirinya daripada simbahan api neraka."
2) "Sekiranya umatku mengetahui kebesaran dan kelebihan Ramadan, nescaya mereka akan meminta Ramadan itu setahun penuh."
3) "Awalnya adalah kerahmatan, pertengahannya ialah keampunan dan penghujungnya ialah pembebasan daripada api neraka."
4) "Sesiapa yang menghidupkan bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu."
5) "Pada bulan Ramadan ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan baginya kebajikan pada malam itu, dia akan diharamkan daripada segala kebajikan."
6) "Umatku diberi Allah lima perkara di bulan Ramadan yang tidak diberi kepada umat terdahulu, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi, malaikat akan memohon keampunan kepada Allah untuk orang berpuasa sehingga sampai waktu berbuka, syaitan dibelenggu sehingga mereka tidak boleh berleluasa seperti biasa, Allah akan menghiasi syurga setiap hari (sebagai kurniaan untuk orang yang berpuasa), Allah akan mengampunkan dosa mereka yang berpuasa sehingga akhir Ramadan."
1 comments:
Salam ....mcmana nk mngikuti kurus ni....berapa harga kursus?
Post a Comment