*KONSEP ASAS PSIKOLOGI*
DEFINISI PSIKOLOGI
1. Psikologi berasal dari perkataan tamaddun
Greek purba ‘psyche’ dan ‘logos’. ‘Psyche’ bermaksud jiwa. ‘Logos’ bermaksud
kajian mengenai sesuatu (kajian mengenai pemikiran yg dapat mempengaruhi sikap
dan pelakuan organisme). Psikologi merupakan satu kajian mengenai sesuatu yg
memberi kesan kpd jiwa seseorang.
2. Definisi Psikologi (Kamus Dewan) “Kajian
tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan
manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu
kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.”
3. Definisi Psikologi yang lain: “The
scientific study of the way the human mind works and how it influences
behaviour or the influence of a particular person’s character on their
behaviour”. (Cambridge International Dictionary of English, p.383). “Psychology
may be defined as the systematic study of behaviour and mental life”. (Henry L.
Roediger dan rakan,1984).
4. Definisi Psikologi yang lain: “Psikologi
ialah kajian sistematik tentang tingkah laku manusia dan pengalaman”.
(Kalat,1999). “Psikologi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik untuk
tingkah laku dan aktiviti”. (Williams, 1960). “Psikologi ialah sains tingkah
laku--kajian mengenai jiwa atau aspek rohani manusia secara
saintifik.(Wittaker,1970 dlm buku Introduction To Psychology). Psikologi
sebagai satu cabang penyiasatan saintifik ke atas mental dan tingkah laku
manusia dan haiwan.
SEJARAH PERKEMBANGAN PSIKOLOGI
1. Aliran Interaksionisme Dimulakan oleh Rene
Descartes(1595- 1650). Ahli falsafah dan pakar matematik Perancis yg
memperkatakan tentang manusia terdiri drp ‘gabungan pemikiran dan badan’ atau
‘jasad dan roh’. Menentang pendapat dualisme yg menyatakan manusia terdiri drp
jasad yg terpisah drp roh.
2. Aliran Empirisme Muncul pada abad ke 17
dan 18 di England. Tokoh-tokoh spt John Locke(1632- 1704) dengan konsep ‘tabula
rasa’, iaitu jiwa manusia kosong semasa dilahirkan, dan George
Berkeley(1685-1753).
3. Aliran Strukturalisme Muncul di Jerman.
Menumpukan kajian kpd pengalaman sedar(apa yg boleh dinyatakan dlm pengalaman
sedarnya) dan afeksi. Tokoh spt Wilhelm Wundt(1832-1920) telah mengkaji
perasaan, sikap, persepsi dan tanggapan individu terhadap sesuatu keadaan.
Digelar sebagai “Bapa Psikologi”.
4. Aliran Functionalisme Timbul di Amerika.
Di asaskan oleh John Dewey(1859-1952), dan William James(1842-1910) yg dianggap
sebagai ahli psikologi Amerika yg pertama. Menekankan pengalaman sedar dan
tingkah laku(mengkaji bagaimana manusia menggunakan mindanya untuk berfikir dan
menghasilkan tingkah laku). Proses mental sentiasa aktif dan berterusan.
Dipengaruhi oleh teori evolusi manusia Darwin dan falsafah
pragmatisme(pemikiran praktikal bukan teori).
5. Aliran Behaviorisme Muncul di Amerika
Utara. Di asaskan oleh J.B. Watson(1878-1958) yg popular dgn Teori Pelaziman
Klasik. Dlm “Psychology as the Behaviorist Views It” Watson(1913) mengatakan psikologi
ialah ilmu yg mengkaji tingkah laku yg nyata(overt behaviour). Tokoh lain spt
Pavlov, Thorndike, Skinner, Hull dll.
6. Aliran Behaviorisme juga dikenali sebagai
Associationism iaitu mengkaji kaitan mental antara dua peristiwa atau idea yg
membawa kpd terjadinya pembelajaran. Menjalankan kajian ke atas haiwan. Prinsip
pembelajaran atau tingkah laku hasil drp kajian akan diaplikasikan kpd manusia.
Mengfokus kajian kpd tingkah laku manusia dan menolak aspek kerohanian.
7. Aliran behaviorisme dipengaruhi oleh
aliran falsafah logik positif(logical positivism) yg berpendapat bahawa semua
ilmu atau pengetahuan perlu disahkan melalui cara yg empirikil atau pemerhatian
yg sistematik. Mengemukakan konsep saintifik definisi operasional(operational
definition) yg merujuk kpd proses pengukuran kpd sesuatu yg dikaji. Behavioris
menegaskan bahawa tujuan ilmu psikologi ialah untuk menghurai, menerang,
meramal dan mengawal tingkah laku.
8. Aliran Psikologi Gestalt Timbul di Jerman
sebagai reaksi kpd pendapat ahli strukturalisme. Berpendapat manusia
mempersepsi dunia dlm bentuk satu keseluruhan(unity whole), atau ‘gestalt’ dari
perkataan Jerman gestalten yg bermaksud ‘keseluruhan’, ‘pola’ atau
‘terorganisasi’. Diasaskan oleh tokoh spt Max Wertheimer (1880-1943), Wolfgang
Kohler(1887-1967) dan Kurt Koffka(1886-1941).
9. Aliran Humanistik Diasaskan oleh Abraham
Maslow(1908-1970) dan Carl Rogers(1902-1987). Menekankan cara fikiran,
pengamatan serta interpretasi tentang sesuatu peristiwa atau kejadian.
Mempercayai bahawa individu bertanggung jawab ke atas tindakannya(berusaha
kearah pencapaian matlamat hidupnya). Kuasa motivasi individu ialah
kecenderungannya untuk berkembang dan mencapai pemenuhan kendiri(self- actualisation).
Konsep ini dipelopori oleh Maslow. Individu mempunyai keperluan untuk
mengembangkan potensinya ke tahap maksima.
10. Aliran Kognitivisme(Cognitivism)
Dipelopori oleh tokoh spt ahli psikologi gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne,
Bruner dan Ausubel. Berminat mengkaji pemikiran manusia, persepsi dan
penanggapan, kognisi, metakognisi, kemahiran berfikir kritis dan kreatif,
kemahiran belajar, motivasi dll.
11. Aliran
Konstruktivisme (Faham Binaan) Timbul drp ahli-ahli psikologi kognitif.
Diasaskan oleh tokoh spt Von Glaserfeld, Piaget, Vygotsky, Confrey dan Seymour
Peppert. Mengambil kira bagaimana individu membina kefahaman terhadap bahan yg
dipelajari. Menekankan peranan aktif pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Kaedah yg sesuai untuk mengajar Matematik dan subjek Sains(fizik,
kimia, biologi).
PENDEKATAN PSIKOLOGI
1. Pendekatan Behaviorisme Ahli psikologi
tidak perlu memberi perhatian kpd peristiwa yg berlaku dalam mental (sedar dan
tidak sedar), sebaliknya memberi tumpuan kpd tingkah laku yg boleh diperhatikan
secara nyata atau tidak nyata. Watson mengatakan bahawa aspek yg berkaitan
tingkah laku seseorang dipengaruhi persekitaran dan bukannya dari unsur-unsur
dalaman. Idea Watson ialah tingkah laku dan proses mental adalah hasil drp
pembelajaran (Bernstein et al.,1994).
Menurut pendekatan
behaviorisme tingkah laku ialah satu siri gerak balas yg berlaku dgn wujudnya
ransangan. Pendekatan ini juga dikenali sebagai psikologi ransangan gerak balas
atau R-G Ahli psikologi behaviorisme spt Watson, Ivan Pavlov, B.F. Skinner dan
E.L. Thorndike.
Pavlov(1849-1936),
dikaitkan dgn konsep pelaziman klasik. Eksperimen ke atas anjing bagi
menunjukkan perkaitan antara ransangan(makanan) dgn gerak balas(air liur)
Thorndike(1874-1949)
memperkenalkan Teori Pelaziman Cuba Jaya(Theory Of Trial And Error
Conditioning). Prinsip asas pembelajaran ialah pengaruh ganjaran dan denda.
Organisme akan membuat sesuatu yg membawa keseronokan dan mengelakkan melakukan
sesuatu yg membawa kesakitan atau membahayakan diri.
Menurut Thorndike,
ganjaran mendorong organisme mengulangi sesuatu gerak balas. denda boleh
menyekat organisme drp melakukan sesuatu gerak balas. organisme mengaitkan
gerak balas tertentu dgn ransangan tertentu. jenis pembelajaran ini dilabel sebagai
“pembelajaran instrumental atau operan”.
Skinner(1904-1990)
memperluaskan Teori Thorndike. Terkenal dgn pelaziman operan yg mengukur
pengaruh ganjaran dan dendaan. Eksperimen ke atas tikus dan burung merpati.
Dapat mengukur proses pembelajaran dgn cara menukar frekuensi ganjaran dan
dendaan.
2. Pendekatan Psikoanalitik Tingkah laku manusia
dipengaruhi oleh proses-proses psikologi tidak sedar spt konflik dalaman,
dorongan(impulses), kemahuan dan motif-motif yg tidak disedari. Semua tingkah
laku, normal dan abnormal adalah hasil drp interaksi faktur genetik dan
persekitaran. Zaman awal individu penting dan memberi kesan sepanjang hayat
pada keadaan psikologi individu.
Sigmund
Freud(1856-1939) adalah pelopor ahli teori psikoanalitik. Teori struktur
personaliti Freud membahagikan struktur psikik kpd 3 bahagian iaitu; (a) Id (b)
Ego (c) Superego.
(a) Id Sumber dorongan dan nafsu yg diwarisi,
primitif, mementingkan diri sendiri dan tidak ada pengaruh dunia realiti
(pengaruh tamaddun). Dominan pada bulan-bulan awal kehidupan bayi(dorongan dan
kemahuan kuat mempengaruhi tingkah laku). Elemen psikik yg pertama mempengaruhi
tingkah laku manusia.
(b) Ego Bertanggungjawab dan mengawal dorongan
dan desakan primitif id agar mengikut kehendak persekitaran (kehendak moral dan
piawai etika masyarakat). Beroperasi berpandukan prinsip realiti(mengiktiraf
permintaan atau kehendak masyarakat yg realistik).
(c) Superego Merupakan sumber asal suara
hati(conscience) iaitu kebolehan membezakan yg baik dgn buruk. Muncul bila
kanak-kanak mula mempelajari peraturan yg digunakan ibu bapa utk
menginterpretasi jangkaan masyarakat. Secara evolusi kanak-kanak akhirnya membina
set piawai dalamannya sendiri.
Kanak-kanak yg
dibesarkan secara melampau mempunyai superego tidak fleksibel sehingga mencegah
diri drp menikmati keseronokan normal yg sepatutnya. Kanak-kanak superego
punitif yg meningkat remaja akan menghadapi masalah dlm memenuhi permintaan
superego. Cth: Kesukaran mengawal permintaan seksual yg meningkat pada usia
baligh.
Freud percaya
kerisauan(anxiety) dan kemurungan datang bersama kehendak superego yg melampau.
Id, ego dan superego mempunyi matlamat dan kaedah yg berbeza. Konflik dalaman
wujud bila id dan superego menguasai ego. Menurut Teori Freud, konflik antara
id, ego dan superego membawa kpd kecelaruan mental.
Psikoanalisis
menekankan kesan peristiwa silam terhadap kanak-kanak apabila meningkat dewasa.
Freud percaya kanak-kanak melalui pelbagai tahap psikoseksual pada peringkat yg
ditetapkan. Pada setiap peringkat ada bahagian badan yg membekalkan kepuasan
dorongan seksual.
Kanak-kanak yg
melalui tahap oral, anal, falik, latensi dan genital dgn memuaskan akan menjadi
orang dewasa yg normal. Kekecewaan atau kelebihan pada mana-mana tahap
menyebabkan fixation pada tahap tersebut dan ini akan mempengaruhi kehidupan
dewasanya. Cth: Orang yg makan terlalu banyak di tahap oral mungkin mempunyai
fixation di tahap ini dan menjadi gemuk atau penagih dadah bila dewasa.
3. Pendekatan Kognitivisme Dipelopori oleh
ahli-ahli psikologi gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel.
Memberi perhatian khusus kpd proses pemikiran manusia spt persepsi dan
penanggapan, kognisi, metakognisi, kemahiran berfikir kritis dan kreatif,
kemahiran belajar, motivasi dll. Percaya bahawa peristiwa dalaman yg berlaku
mesti dikaji utk memahami keseluruhan tingkah laku.
Pendekatan
kognitivisme sangat berbeza dgn pendekatan psikoanalisis yg memfokus kpd
pemikiran tidak sedar. Pendekatan kognitivisme juga berbeza dgn pendekatan
behaviorisme yg memfokus kpd faktur persekitaran dan tingkah laku.
- Pendekatan Humanistik Berpandangan bahawa manusia adalah individu yg bebas dan baik, berpotensi utk berkembang dan ada sasaran utk dicapai. Menyatakan bahawa manusia terdorong bertindak kerana mempunyai kemahuan atau keperluan. Berpendapat yg manusia sentiasa aktif.
Ahli psikologi pendekatan humanistik spt Abraham Maslow, Rollo May, Carl Rogers dan Gordon Allport. Abraham Maslow(1970) mengemukakan Teori Hierarki Keperluan Maslow yg mengandaikan manusia tidak pernah berasa puas dgn apa yg dicapai. Mengikut Maslow, kehendak manusia terbahagi kpd lima peringkat mengikut hirarki iaitu drp keperluan peringkat rendah(keperluan asas) sehingga keperluan peringkat tertinggi (keperluan bersifat psikologi).
Hierarchy of Needs Abraham Maslow 5.
Self-Actualization 4. Esteem: Respect 3. Belonging: Family & Friends 2.
Safety: Shelter& Security 1. Physiological: Food & Water
Rogers(1956) mengatakan bahawa: - manusia
sentiasa berusaha memahami diri sendiri, mempengaruhi dan mengawal perlakuan dirinya
dan orang lain. - pada dasarnya manusia baik dan dilahirkan dgn kecenderungan
utk kesempurnaan. Pendekatan humanistik memfokus kpd kemahuan dan keunikan
manusia serta kebebasan utk memilih matlamat hidup.
5. Pendekatan Biologi Juga dikenali sebagai
pendekatan biomedik, Model Penyakit(Desease Model) atau Model Perubatan.
Mengandaikan manusia sebagai sistem fizikal dan mesti difahami dari sudut
fizikalnya spt keadaan fisiologi dan sifat sistem saraf . Berpendapat masalah
yg kita hadapi adalah hasil kecacatan tubuh badan, kecederaan atau penyakit yg
selalunya mempunyai kesan ke atas otak.
Ahli fisiologi Jerman iaitu Edward
Hitzig(1893-1927) dan Gustav Fritsch(1839-1907) menjalankan eksperimen ke atas
anjing. Mendapati bahawa struktur otak tempat asal usul urat saraf, berkait
rapat dgn tingkah laku manusia. Otak boleh memberi tindak balas bila ransangan
elektrik diberi secara langsung dan ini memberi kesan ke atas tingkah laku
individu.
Pendekatan Biologi
memfokus kpd peranan sistem saraf pusat yg bertanggungjawab mengawal setiap
pemikiran dan pergerakan manusia.
0 comments:
Post a Comment